video:Bazar Deepavali Jadi Perbalahan Penganjur Dan Peniaga

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin mempertikaikan bahawa Bazaar Deepavali yang terpaksa ditutup pada hari sabtu untuk memberi laluan kepada pasar malam.

Menurut Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah, sekiranya Bazaar Deepavali itu ditutup pada hari sabtu, maka ia akan mengurangkan kadar penjualan di situ kerana orang ramai berkunjung pada hari sabtu dan ahad.

“Setiap hari sabtu mereka terpaksa membersihkan tempat ini untuk adakan pasar malam.

“Sekiranya setiap hari sabtu bazar Deepavali ditutup, apa nak berniaga, sabtu dan ahad sahaja yang ramai orang.

“Mereka suruh tutup dan bagi ruang dekat pasar malam tetapi apa yang saya dapat terima daripada pengadu ini, mengatakan bahawa peniaga pasar malam pun setuju sedangkan pasar malam yang dilakukan pada hari sabtu, jalan ini ditutup, jadi boleh la letak bazaar dekat sebelah ini,”katanya ketika ditemui media tadi.

Dalam pada itu, salah seorang pengadu, Darmalingam yang merupakan peniaga di tempat berkenaan berkata, dengan adanya pasar malam di kawasan tersebut, menyukarkan kerja mereka kerana terpaksa memindahkan barang-barang mereka untuk memberi laluan kepada peniaga pasar malam untuk berniaga.

“Saya sudah 25 tahun berniaga di sini, dahulu pasar malam berada di tempat lain, tapi bila dah kat sini, kita pun susah nak pindahkan barang besar, barang-barang berat,

Ekoran daripada sidang media yang berlaku tadi, penganjur Bazaar Deepavali, Sundraraj Marieppan sedikit berang dengan tindakan tersebut dan menganggap bahawa mereka boleh berjumpa terus dengan pihak Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)sekiranya timbul rasa tidak puas hati dan bukannya buat sidang akhbar.

“Kita telah bersetuju bahawa kita telah bayar untuk 26 hri, dan kita tak bayar untuk hari sabtu dan benda ini hanya mudah untuk difahami,”ujarnya.

 

https://www.youtube.com/watch?v=O-7_r8fkRGc&feature=youtu.be

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!