Vertigo Punca Jalaluddin Hassan Sesak Nafas

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, mengesahkan masalah vertigo merupakan salah satu punca beliau mengalami masalah sesak nafas selepas menghadiri program bual bicara Assalammualaikum baru-baru ini.

Beliau berkata, doktor menasihatinya untuk terus berehat sementara menunggu keadaan kesihatannya kembali pulih seperti sediakala, lapor Kosmo.

“Kalau boleh, saya mahu keluar hari ini.

“Tetapi, pihak hospital meminta supaya terus berada di sini dan berehat agar pemeriksaan lanjut dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Pelakon I’m Not Terrorist itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lalu akibat sesak nafas ketika berada di tempat letak kereta stesen televisyen program berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.