Suami Isteri Direman Curi Alatan Selam Skuba

SEMPORNA – Pasangan suami isteri warganegara tempatan ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk kedai peralatan selam skuba di kawasan bebas, Kampung Dap-Dap di sini pada 26 September lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam tersebut, suspek berusia 32 dan 35 tahun itu ditahan polis di perkampungan terbabit, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, penahanan pasangan suami isteri itu dilakukan susulan daripada laporan seorang pemilik menjual alatan selam skuba yang menyedari beberapa barang di premisnya hilang pada 20 September lalu.

“Hasil pemeriksaan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam kedai berkenaan, pemilik premis mendapati seorang lelaki yang menutup muka menggunakan sehelai baju telah masuk ke kedai dan mengambil pelbagai barangan.

“Sehubungan itu, kami segera bertindak menjalankan serbuan di sebuah rumah di Kampung Dap-Dap dan menahan suami isteri terbabit,” katanya pada sidang media di IPD Semporna di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.