Rafizi, Pakatan dan Minyak Murah Di Venezuela

Sebelum tahun 2013 (dan malah pada tahun 2014), Pakatan dan Rafizi meminta Malaysia untuk mengikut cara Venezuela dan mensubsidi harga petrol.

Mereka berkata petrol Venezuela sangat murah, pendidikan universiti juga murah – semuanya dibayar menggunakan kekayaan minyak rakyat, jadi mengapa Malaysia tidak boleh ikut?

Rafizi berkata kalau minyak turun, harga barang-barang akan turun. Tetapi Venezuela masih memiliki petrol termurah di dunia tetapi peratusan inflasi mereka berada dalam ratusan setiap tahun manakala mata wang mereka jatuh.

Sekiranya kita mengikuti “pakar ekonomi” Pakatan dan dasar-dasar “semuanya percuma atau sangat murah” maka Malaysia akan mengikuti Venezuela juga.

Sekiranya anda meminta para pemimpin ini untuk pergi ke sana untuk menyelamatkan Venezuela, mereka akan mencadangkan dasar “semuanya percuma dan murah”.

Rakyat Venezuela akan memandang pelik kepada mereka dan berkata “kami sudah mempunyai polisi itu dan ianya tidak berfungsi” dan kemudian mereka akan menjatuhkan hukum bunuh ke atas pemimpin-pemimpin ini kerana membuang masa mereka.

—-
http://money.cnn.com/2017/07/28/news/economy/venezuela-cash-crisis/index.html

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 3 Oktober 2017

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.