PM Ucap Takziah Kemangkatan Raja Puan Besar Perak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dua laman sosialnya mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, petang semalam.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani bt Raja Shahar Shah. Moga roh dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” katanya dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Terdahulu Raja Nor Mahani, 74, mangkat di Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 5.07 petang semalam, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, selepas solat Asar, petang ini.

Raja Nor Mahani, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, 76, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.

Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.