Pesakit Buah Pinggang Meningkat

SHAH ALAM – Kira-kira RM1.6 bilion dibelanjakan setiap tahun bagi me­rawat pesakit yang menghidap masalah buah pinggang di hospital-hospital kerajaan. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar kecil) berkata, kos yang merangkumi subsidi kerajaan itu merupakan yang tertinggi dalam perbelanjaan kesihatan berbanding rawatan penyakit yang tidak berjangkit seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya, lapor Kosmo.

Menurutnya, setiap tahun berlaku pertambahan antara 6,000 hingga 7,000 orang pesakit yang menghidap kegagalan fungsi buah pinggang terutamanya akibat kencing manis.

“Tahun ini sahaja, terdapat 40,000 bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Setiap pesakit, kos rawatan terma­suk dialisis dianggarkan RM40,000.

“Jumlah ini kalau diikutkan amat besar bagi penyakit yang boleh dikawal pada peringkat awal,” katanya selepas merasmikan Seminar Mini dan Pameran Hari Penjagaan Kesihatan Perkhidmatan Makanan 2017 di Intekma Resort di sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.