Pentagon Sokong Penuh Usaha Rex Tillerson Selesai Isu Nuklear

WASHINGTON – Pentagon menyokong penuh usaha Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson untuk menyelesaikan isu nuklear Korea Utara secara diplomatik.

Sokongan itu dinyatakan Setiausaha Pertahanan Amerika, Jim Mattis, dua hari selepas Presiden Donald Trump mengkritik Tillerson ‘membuang masa’ berunding dengan rejim Kim Jong-Un, lapor RTM.

Menerusi laman Twitter, Trump berkata, usaha berbaik-baik dengan keluarga Kim selama 25 tahun tidak mendatangkan hasil.

Justeru pendekatan lain perlu dipertimbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.