Pelakon Filem Porno ini Akui Tiduri Lebih 8,000 Wanita

Lelaki yang digelar sebagai raja filem ‘panas’ dari Jepun ini, Ken Shimizu, pernah mengemparkan dunia lantaran satu kenyataan yang jarang berlaku.

Ken Shimizu atau dipanggil Shimiken merupakan pelakon filem lucah Jepun yang sudah muncul lebih daripada 7,000 filem.

Seperti yang dilaporkan oleh japantimes.co.jp, dia mengaku sudah meniduri lebih dari 8.000 orang wanita.

Ken Shimizu

Selain itu, Shimiken juga pernah mencetuskan kontroversi kerana membuka restoran kari dengan rasa najis manusia. Shimiken juga sudah dianggap sebagai senior filem lucah di Jepun.

Dalam wawancara dengan majalah Details, Shimiken pernah mengatakan pendapatannya mencapai 23,573 USD atau lebih kurang RM94,000.00 seminggu.

Dengan pendapatan seperti itu, dia sepatutnya dapat tinggal di tempat yang mewah dan memandu kereta yang bagus.

Tetapi kenyataannya, Shimiken hanya tinggal di flat kecil dan memandu kereta biasa sahaja.

Ini kerana Shimiken menghadapi kesukaran mencari apartmen atau rumah. Tidak ada satu bank pun yang mahu memberikan pinjaman kepadanya kerana dia tidak mempunyai profesion tetap.

Malah flat yang didiami itupun adalah  bantuan daripada peminat tegarnya. Ken juga memilih tinggal berasingan dengan isteri dan anak-anaknya kerana bimbang profesionnya itu memalukan keluarganya.

Walaupun pelbagai kesukaran yang dialaminya sebagai bintang filem lucah, Ken masih tetap menyukai profesion itu. Baginya menjadi pelakon filem ‘porno’ adalah pekerjaan yang diimpikan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.