Pelajar Tahfiz Cemas, Ubat Nyamuk Sebabkan Kebakaran

SHAH ALAM — Sekumpulan pelajar tahfiz di sini cemas apabila asap kebakaran memenuhi ruang bilik tidur asrama mereka tengah malam tadi.

Ubat nyamuk yang dipasang terkena pakaian sebelum menghanguskan sebuah almari. Namun warden dan 11 pelajar itu berjaya memadamkannya, lapor Berita Harian.

“Tiada yang cedera,” kata komander operasi bomba Shah Alam Mohd Zamri Rohan.

Tambahnya, ketika bomba sampai di situ pada jam 12.37 tengah malam, api sudah berjaya dipadam.

Bilik asrama pusat tahfiz Bidayatul Hidayah di Seksyen 32 ditutup untuk dibersihkan dan mereka menumpang di surau bersebelahan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.