Mahathir Gunakan Saddiq Cuba Serang Pakar Perang Psikologi PM

Hari ini, SeaDemon Says menulis catatan blog yang sangat ringkas dan tepat berjudul ‘Syed Sadstory’ (Kisah Sedih Said Saddiq). Sebenarnya tidak ada lagi yang boleh dikatakan selepas apa yang dinyatakan oleh SeaDemon Says. Pada asasnya, SeaDemon Says mendedahkan bahawa sidang akhbar Syed Saddiq Abdul Rahman semalam adalah False Flag Operation.

False Flag Operation adalah operasi yang dijalankan oleh satu parti dan dibuat seolah-olah ia telah ditaja oleh parti lain. Contohnya ialah apabila penyokong Pakatan berpakaian baju T merah dan mula membuat kekacauan supaya Jamal Yunos dapat dipersalahkan kerana itu. Itu akan dipanggil False Flag Operation.

Ini adalah di bawah Black Ops tetapi untuk melakukan Black Ops dan merancang False Flag Operation anda perlu menjadi seorang yang bijak. Orang-orang seperti Syed Akbar Ali, Kadir Jasin dan Sanusi Junid yang mana Tun Dr Mahathir Mohamad ada dalam pasukannya tidak mempunyai kepakaran yang betul untuk melakukan sesuatu seperti ini. Dan itulah sebabnya Syed Saddiq ‘terkantoi’ semalam.

Saddiq mengakui bahawa beliau tidak mendalangi semua itu dan ia dirancang oleh orang lain. Malah, skrip yang sepatutnya dibaca olehnya juga telah ditulis oleh orang lain. Beliau hanya pelakon yang melakonkan watak yang telah diberikan kepadanya dan membaca dari skrip yang telah ditulis untuknya.

Saddiq mungkin seorang yang bodoh tetapi sekurang-kurangnya beliau seorang bodoh yang jujur jadi kita perlu memujinya untuk itu. Atau adakah beliau terlalu bodoh untuk menyedari bahawa pengakuannya telah mengakibatkan kerosakkan yang tidak boleh diperbaiki ke atas False Flag Operation?

Pendedahan SeaDemon Says mengenai surat dari Oxford yang menawarkan Saddiq biasiswa sebanyak RM400,000 sebagai palsu hanyalah satu perkara. Yang paling penting ialah mengapa perlunya untuk membuat False Flag Operation ini? Apa yang mereka cuba capai? Dan mereka mesti berada di bawah tekanan yang dasyat untuk merancang sesuatu seperti ini dan kemudian gagal untuk melaksanakannya.

Apa yang mereka cuba capai adalah sangat jelas dan kita telah membincangkannya pada 21 Julai 2015 dalam artikel ini: HR, The Prime Minister’s Boffin Boy (http://www.malaysia-today.net/hr-the-prime-ministers-boffin-boy/). Antara beberapa perkara yang kami katakan dalam artikel itu ialah:

Sejak Januari tahun ini (2015) ada orang tertentu yang banyak berkata-kata yang saya kategorikan sama seperti Boffin Boy yang beroperasi di luar koridor kuasa tetapi dalam bidang kuasa. Hakikat bahawa beliau beroperasi di luar koridor kuasa tetapi dalam bidang kuasa telah memberi beliau kebolehan yang mungkin tidak pernah dicapai oleh orang lain setakat ini.

HR dikatakan sebagai seorang yang sangat fokus. Beliau memberi tumpuan kepada satu perkara dan hanya satu perkara sahaja dan tidak membenarkan dirinya diganggu oleh sebarang isu sampingan, tidak kisahlah betapa pentingnya isu sampingan ini.

Beliau juga dikatakan seperti anjing mendapat tulang. Sebaik sahaja beliau melakukan sesuatu tugasan, beliau tidak akan melakukan perkara lain sehingga tugasan itu selesai, dan dengan jayanya. Pasukan pro-Mahathir-anti-Najib mahu membunuh reputasinya dan sejak beberapa hari kebelakangan ini mereka telah menyerang HR habis-habisan.

Apa-apa pun, perintah dari barisan pasukan pro-Mahathir-anti-Najib adalah ‘Serang HR!’ Tetapi bagaimana anda menyerang seseorang yang anda tidak dapat melihat dan seseorang yang seperti hantu dalam bayang-bayang? Anda tidak boleh membunuh sasaran yang tidak dapat dilihat, bukan? Mari kita lihat bagaimana isu 1MDB dihuraikan dalam beberapa bulan ini. Ura-ura dalam koridor kuasa ialah sebaik sahaja HR menekan butang untuk melancarkan peluru berpandu Scudnya, Dr Mahathir akan memohon maaf dan berasa malu.

Ya, inilah tujuan sidang akhbar Saddiq semalam. Selama hampir tiga tahun sejak Januari 2015, lelaki yang disebut dalam artikel bertarikh 21 Julai 2015 itu, Habibul Rahman Kadir Shah atau ‘HR’, telah berjaya menghalang setiap langkah yang dibuat oleh Mahathir. Beliau menumpaskan cubaan serangan di Kabinet pada Julai 2015, serangan di Parlimen pada Oktober 2015 dan serangan di Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Tiga serangan berturut-turut selama enam bulan dan HR berjaya meneutralkan semuanya.

Pada tahun 2015, Perdana Menteri Najib Tun Razak di serang secara besar-besaran dan beliau sepatutnya tidak lagi merayakan Tahun Baru 2016 di Putrajaya. Tetapi beliau terselamat dan 2016 adalah tahun di mana segalanya bertukar dan sekarang ia adalah giliran Mahathir dan pasukannya untuk dihentam. Mangsa pertama adalah Mukhriz dan selepas itu HR menewaskan orang-orang Mahathir satu per satu sehabis-habisnya.

Mahathir membelanjakan AS$5 juta untuk membeli tiga sidang akhbar oleh DoJ Amerika Syarikat. Sidang akhbar yang pertama ialah pada Julai 2016 dan yang kedua adalah pada bulan Jun tahun ini. Sidang akhbar yang ketiga sepatutnya diadakan sebelum pilihan raya umum akan datang tetapi ini tidak akan berlaku. Jadi ‘siasatan’ oleh AS tentang MO1 tidak berjaya. Malah, mereka tidak berani pun untuk menyebut nama Najib tetapi menggunakan kod MO1 kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti dan akan disaman jika mereka menamakan Najib.

Senarai bencana itu adalah sangat panjang dan semua mengenainya telah ditulis sebelum ini. Adakah anda perasan bahawa Mahathir tidak lagi bercakap tentang 1MDB untuk tempoh masa yang lama? Dan tuduhan bahawa RM42 bilion wang 1MDB yang telah hilang tanpa dikesan tidak lagi didengari selama dua tahun sekarang. Malah, Mahathir turut berdiam mengenai RM2.6 bilion kerana beliau tahu beliau tidak boleh menggunakan berita palsu seperti itu untuk menjatuhkan kerajaan.

Mahathir pula menghadapi masalah serius iaitu kerugian sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung Bank Negara kerana perjudian di pasaran forex. Mahathir berkata beliau tidak tahu jumlah itu. Anwar Ibrahim berkata ia hanyalah RM5.7 bilion. RCI mengatakan ia bukanlah RM5.7 tetapi RM31.5 bilion. Jika ianya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion maka ke mana hilangnya RM25.8 bilion?

Ya, RM25.8 bilion telah hilang dan apabila RCI mengeluarkan laporan rasmi mereka, Mahathir akan dihapuskan. Jadi beliau memerlukan cerita ‘baru dan menarik’ untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan membuat orang fokus kepada ‘cerita panas’ ini dan melupakan kisah kerugian forex RM31.5 bilion Bank Negara, yang mana RM25.8 bilion telah hilang tanpa kesan.

Dan itulah sebab untuk sidang akhbar Saddiq semalam. Ia adalah percubaan pembunuhan, tetapi gagal. Mereka mahu membunuh HR dengan menuduh beliau cuba membeli Saddiq sebanyak RM5 juta, bersama-sama dengan biasiswa Oxford bernilai RM400,000 dan bajet untuk Saddiq untuk menganjurkan sekolah debat di seluruh Malaysia. Dan HR yang sepatutnya menganjurkan sidang akhbar semalam dan menulis skrip untuk dibacakan oleh Saddiq.

Mahathir masih tidak faham lagi, bukan? Kami telah mengatakan sebelum ini dan akan ulangnya lagi. Jangan pernah meminta kanak-kanak untuk melakukan kerja orang dewasa. Sidang akhbar semalam adalah satu bencana yang sangat dasyat. Saddiq sepatutnya membunuh HR. Sebaliknya Saddiq yang terbunuh. Dengan orang-orang seperti Syed Akbar Ali, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Saddiq bekerja untuk Mahathir, Najib boleh berehat dan bermain golf kerana beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri selama yang beliau mahu. Masalahnya adalah orang-orang Mahathir bekerja untuknya kerana mereka berhutang kepadanya sementara orang-orang seperti HR bekerja untuk Najib kerana komitmen. Jadi, bagaimanakah Mahathir akan menang dalam permainan ini?

Sudah tiba masanya untuk Mahathir berhenti. Malah, Mahathir sepatutnya berhenti pada tahun 2015 apabila beliau kalah permainan. Tetapi penasihat-penasihatnya memberitahu beliau bahawa mereka masih boleh menggulingkan Najib dan juga boleh mendapatkan DoJ AS untuk membantu melakukannya. Mereka fikir dengan pendedahan oleh Saddiq dapat membantu menjelaskan mengapa begitu ramai orang yang telah keluar meninggalkan PPBM: kerana HR menyogok mereka untuk keluar. Saya rasa saman sivil akan berlaku kelak. Jadi Saddiq lebih baik mempunyai cerita yang lebih baik untuk dikongsikan berbanding dengan apa yang diberitahu Clare Rewcastle Brown kepada mahkamah London mengenai saman Abdul Hadi Awang terhadapnya.

 

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 3 Oktober 2017

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mahathir-uses-Saddiq-to-attack-pms-psywar-brains/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.