Lelaki `Kanibal’ Mahu Makan Hati Manusia Untuk Panjang Umur

Ajaran sesat mana la yang dibawa oleh lelaki ini. Dia sanggup membunuh jirannya dan merancang untuk makan hati lelaki itu untuk mendapatkan umur yang panjang.

Pembunuh berkenaan, Paere Jongthong, mahu makan hati berkenaan dengan salad pedas.

Dia ditangkap selepas hati mangsa ditemui dalam poket seluarnya. Mangsa yang dibunuhnya dikenalpasti sebagai Tan Loon-ubon, 79 tahun.

Pembunuhan itu berlaku di kampungnya di Dong Suang, Bueng Karn. Dia dikatakan selalu melawat mangsanya itu namun kali ini Paere telah menghisap ganja dan menelan pil methamphetamine ketika melawat mangsa.

“Dia bagitau saya dia bunuh bapa saya. Saya kata itu tak benar tetapi dia terus bercakap mengenainya. Saya tak tahu nak buat apa.

“Saya tikam dia, dia menangis dan minta maaf. Saya jadi semakin marah dan tanya sebanyak empat kali sama ada dia bercakap benar,” kata Paere.

Menurut polis, mangsa ditemui dengan bahagian perut terbelah. Pisau yang menjadi senjata pembunuhan telah ditemui.

Polis juga mengakui Paere mahu makan hati mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.