Individu Mengaku Khunsa Ditahan Gara-Gara Mencuri Di Pasar Raya

Individu berpakaian wanita, bertudung dan membawa beg tangan ditahan di pasar raya di Balakong Jumaat lalu selepas mencuri empat botol syampu.

Suspek yang berkepala botak mengaku dia khunsa dan direman empat hari bermula 1 Oktober lalu sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusoff berkata, suspek memasuki pasar raya itu kira-kira 5 petang pada hari kejadian.

“Individu berusia 26 tahun yang tidak bekerja itu memakai pakaian wanita, memakai tudung dan berkepala botak. Dia mencuri empat botol syampu dan menyembunyikannya di dalam beg tangannya sebelum beredar dari pasar raya itu.

“Bagaimanapun tindakan suspek disedari pekerja pasar raya sebelum dia ditahan dan syampu yang dicuri ditemui semula,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.