Hans Isaac Sudah Sihat Selepas Rebah Ketika Latihan Golf

Penerbit dan pelakon popular, Datuk Hans Isaac telah dikejarkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur apabila tiba-tiba rebah di padang golf.

Difahamkan, insiden berlaku ketika Hans sedang menjalani latihan untuk kejohanan golf yang akan disertainya tidak lama lagi.

Hans, 46, dilaporkan rebah kira-kira jam 2 petang semalam di Kelab Golf TPC Bukit Kiara, lapor Gempak.

Menurut pengurusnya Sue Hussin, Hans pada mulanya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) dan telah menjalani beberapa ujian perubatan.

“Doktor yang rawat pun sudah mengesahkan Hans bebas sebarang penyakit serius. Dia kini masih dalam pemerhatian doktor kerana tidak cukup rehat,” katanya kepada New Straits Times.

Bagaimanapun, pagi tadi Hans telah memuat naik sebuah entri di Instagramnya dan memaklumkan keadaannya kini semakin baik.
 

Scary few days guy . But feeling much better 🙂 . It was an eye opener . Am still in HDU Care . Just want to share this eye opening experience to hopefully others won’t have to go through what I just did ) ….Life is about being happy and being with people and family that love you. When I collapsed,all I could think about was the people around me who I cared and love very much for . We all have our stress moment but we need to let go and not let it jeopardize our health and life . Something I though I could handle on my own internally . Will never forget that moment when I collapsed … really thought it was the end of me in that ambulance . It was not good . But Tq to the ambulance medic team (the driver & the lady medic who did everything to support me and keep me awake , hope I can meet them one day to thank them ). Not forgetting the prince court medic team and nurses . Tq for looking after me with so much attention and care . Got a few more days in the hospital . Also , Tq to all my followers and the media for understanding & for all the well wishes . U guys pun selalu supportive walau apa pun . ❤️ supportive people and family is everything. Salam semua . #eyeopener moment in my life !

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama kepada kakitangan kelab golf serta hospital yang pantas bertindak.

Pada Mac lalu, pelakon Cuci The Musical ini pernah dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, menjalani pembedahan pundi hempedu.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.