Halangan Shaheizy Ke London Bukan Kerana Isu Muflis

KUALA LUMPUR — Tidak bersama keluarga menyertai percutian di London bukanlah kerana terpalit isu muflis, kata pelakon filem “Polis Evo.”

Shaheizy Sam berkata penggambaran sekuel filem berkenaan akan bermula tidak lama lagi menjadi sebab dia tidak bersama keluarga berangkat ke London.

“Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi.

“Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri,” katanya seperti dilaporkanHarian Metro.

Pelakon filem “Adnan Sempit” itu dilapor diberi tempoh hingga 15 Februari ini bagi menyelesaikan cukai tertungak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN berkata Shaheizy perlu bertindak segera agar notis kebankrapan yang dikeluarkan sebelum ini boleh ditarik balik.

Media sebelum ini melaporkan pelakon filem “8 Jam” itu dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.