Fitnah Berterusan Dari Zaid Ibrahim Tanda Rosak Akhlak, Muflis Politik – PAS

Fitnah berterusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyertai DAP,  Datuk Zaid Ibrahim menuduh PAS menerima rasuah RM90 juta daripada UMNO menunjukkan beliau sebagai rosak akhlak, kata PAS.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zudhi Marzuki berkata, sungguhpun PAS  berkali-kali menafikan dan sudahpun mengemukakan saman kepada pengendali  Sarawak Report yang memulakan fitnah berkenaan, Zaid terus menuduh PAS menerima  rasuah.

“Apa yang di ulang-ulang oleh Zaid Ibrahim ini, bagi saya beliau bukan lah  seorang yang berkredibel untuk bercakap tentang politik ini. Dia seorang yang  sudah ‘muflis’ dari segi politik dia. Seorang yang sudah tidak diterima oleh banyak  pihak hanya DAP yang boleh menerimanya.

“Dia seorang yang sudah muflis dari segi idea politik dan rosak dari segi politik. Semua orang kenal dia. Dari segi peribadi dia, akhlak dia, dari segi kepada prinsip-prinsip akhlak Islam memang dia terkeluar daripada segi itu,” katanya dipetik portal berita Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Zaid di blognya mendakwa PAS  “mengaku warak namun hakikatnya bersikap kebendaan”.

Justeru, Zaid menggesa agar PAS menunjukkan bukti bahawa parti berkenaan tidak  pernah menerima rasuah daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Pada Ogos lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan  saman di Mahkamah London ke atas editor blog Sarawak Report, Clare Rewcastle  Brown diatas fitnah PAS menerima rasuah RM90 juta daripada UMNO.

Mahkamah memberi tempoh 21 hari kepada Clare untuk mengemukakan bukti terhadap  dakwaannya bagi membolehkan mahkamah memulakan perbicaraan namun beliau gagal  berbuat demikian dan mengakui bahawa asas tuduhannya berdasarkan khabar angin.

Ujar Dr Zuhdi, segalanya telah jelas sewaktu pengurusan kes bahawa Clare  mengakui fitnah PAS menerima rasuah sekadar tuduhan semata-mata.

“Kita (PAS) saman pihak yang dijadikan sandaran. Macam beberapa ahli politik di  Malaysia ini membuat tuduhan, mereka menyandarkan kepada Sarawak Report.  Walaupun kita tahu siapa yang besarkan sumber dari Sarawak Report.

“Jadi sandaran-sandaran itu, kita sandarkan kepada Sarawak Report, pihak yang  menjadi sumber kepada tuduhan-tuduhan ini,” jelas Dr Zuhdi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.