Datuk Maznah ‘Iron Lady’ Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Rabu.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang kakitangan beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

“Datuk Maznah meninggal dunia pada pukul 6 petang tadi,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Menurut ahli keluarga terdekat Allahyarham, jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Ukay Height Ampang.

Terdahulu Maznah, 62, yang juga Exco Wanita Umno dan lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady’ dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan jantung pada minggu lalu.

Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lalu.

Khamis lalu, beliau dilaporkan menjalani pembedahan jantung terbuka yang pertama pada pukul 9 pagi selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Maznah dipindahkan ke ICU selepas pembedahan tamat pada pukul 2 petang sebelum pihak IJN terpaksa menjadikan ICU tersebut sebagai bilik bedah untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka yang kedua, selepas beliau mengalami pendarahan dalaman yang teruk. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.