Bank Dunia Optimis Ekonomi Malaysia Capai 5.2% Penghujung 2017

Bank Dunia hari ini menyemak semula unjuran percambahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.2 peratus bagi tahun 2017 berbanding jangkaan awal 4.9 peratus pada Jun lepas.

Unjuran berkenaan kata Pengurus Bank Dunia di Malaysia, Faris Hadad-Zervous berikutan pertumbuhan kukuh 5.5 peratus pada separuh pertama 2017.

Jelas beliau, hal ini ekoran Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka memberi ruang pelabur asing menambat perniagaan dalam negara sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi.

Ujarnya, hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi semakin boleh direalisasikan.

“Dasar dalam negara turut membantu meningkatkan permintaan domestik dan pelaburan awam.

“Ini adalah perkara positif,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagi penganalisis politik/ blogger Lim Sian See, perkhabaran positif ini menunjukkan kerajaan menjalankan kerja tepat sungguhpun berdepan kesukaran ketidaktentuan ekonomi global termasuk penurunan harga minyak dunia.

“Pada awal tahun, Bank Dunia katakan negara akan berkembang 4.3 peratus bagi tahun 2017 dan menaiktaraf kepada 4.9 peratus pada Jun. Dan kini, ianya terus dinaiktaraf kepada 5.2 peratus.

“Kerajaan nampaknya lakukan perkara tepat walaupun harga minyak masih rendah berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Dasar kerajaan kini menjalankan ekonomi terbuka berjaya menarik minat pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan tidak hairanlah analisa asing meletakkan Malaysia sebagai negara paling ‘best’ untuk melabur bagi tahun 2017.

Analisa oleh US News berdasarkan data diperoleh dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merungkaikan bahawa, dasar kerajaan Malaysia yang mesra pelabur asing merupakan tarikan utama.

Selain itu, pelabur asing juga mendapati rakyat Malaysia mempunyai kemahiran tinggi yang sangat diperlukan pasaran dengan nilai gaji kompetetif yang seterusnya menyumbang kepada pasaran pengguna dalam negara.

Berada di tempat kedua negara paling diminati pelabur adalah Singapura, diikuti Czech Republic, Denmark, Poland dan India di kedudukan ke-6. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.