Azmin Punca Kenaikan Harga Barang Di Selangor

Baru-baru ini, Menteri Besar Salangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa kenaikan harga barang di negara ini berpunca daripada inflasi serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan pusat, bukannya salah parti politik.

Namun Azmin terlupa tindakan kerajaan negeri yang memperkenalkan penggunaan beg plastik di Selangor pada 1 Januari lalu telah menyebabkan kepada kenaikan harga barang.

Ia bukan sahaja menambahkan beban pengguna. Ketika pemilik pasar raya dan pemilik pusat beli belah sudah mengaut untung, pembeli dibebankan dengan caj berkenaan.

Bukankah ia sebenarnya yang menyebabkan kenaikan harga barang?

Memang kita akan nampak nilai 20 sen itu kecil jika hendak dibandingkan dengan GST tetapi harus diingat, setiap kali berbelanja di pasar raya, kita memerlukan banyak plastik.

Apatah lagi ketika minggu di mana pekerja swasta dan kerajaan mendapat gaji, sudah pasti ramai akan membeli barang dengan banyak.

Kalau tiga plastik sudah 60 sen, kalau lima plastik sudah RM1. Bagaimana kalau lebih daripada jumlah berkenaan?

Sudah pasti ia membebankan rakyat.

Namun Azmin memilih untuk menyalahkan GST. Pelaksanaan cukai itu menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.

Tanpa sumber pendapatan bagi menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat menderita.

Jadi jangan terpengaruh dengan mainan pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.