Artis Nikita Mirzani Dituduh Hina Panglima Tentera

Gara-gara dituduh menghina panglima angkatan tentera Indonesia, Jeneral Gatot Nurmantyo, selebriti terkenal Nikita Mirzani telah dilaporkan kepada polis.

Laporan itu dibuat oleh pertubuhan Aliansi Advokat Al Islam NKRI, yang mendakwa Nikita telah menyebarkan ajaran kebencian dan penghinaan terhadap Gatot dengan memintanya masuk ke dalam lubang buaya.

Pertubuhan itu berharap agar Nikita diberikan hukuman sewajarnya selain menjadi pengajaran kepadanya agar menggunakan media sosial dengan lebih bijak.

Nikita baru-baru ini telah menulis didalam twitter yang berbunyi : “Film G30s/PKI Kurang Seru.. Seharusnya Panglima Gatot juga Dimasukkan kelubang buaya pasti seru..”.

Bagaimanapun kapsyen berkenaan telah dipadamkam daripada akaun @NikitaMirzani.

Nikita bagaimanapun menjelaskan bahawa dia difitnah.

“Ya Allah, kenapa ada aja orang yang mau jatuhin (jatuhkan) saya dan fitnah saya. Bismillah aja deh, namanya juga hidup ada yang suka ada juga yang nggak suka.” tulisnya di akaun instagram @nikitamirzanimawardi_17.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.