Video: Jamal Dapat Bukti Bersih 5 Ada Kaitan Dengan IS Dan Daesh Dari Rafizi

Kuala Lumpur: Presiden Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menghantar bukti himpunan Bersih 5 yang akan diakan pada 19 November ini terlibat dengan militan IS dan Daesh dan boleh mengganggu keamanan negara ini.

 

Menurutnya, bukti-bukti ini diperoleh daripada sumber-sumber dalaman dan menganggap ia dirancang rapi bagi menanam kebencian terhadap rakyat.

 

“Kami mendapat maklumat ini daripada sumber- sumber dalaman yang boleh dpercayai.

 

“Ianya dirancang rapi bagi menanam kebencian terhadap rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jalan Bukit Aman, Tasik Perdana di sini hari ini.

 

Tambah beliau lagi, BERSIH 5 menggunakan khidmat nasihat daripada Thailand dalam merangka strategi menjatuhkan Perdana Menteri.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan menentng habis-habisan BERSIH 5.

 

“Kita bimbang kerana mereka merancang untuk melakukan hasutan dan menawan kawasan-kawasan strategik seperti di KLIA, KLA2 dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

 

“Dan yang lebih kita khuatir bagaimana IS dan DAESH boleh diresapi dalam perhimpunan BERSIH 5,” ujarnya.

 

Justeru, Jamal menyeruagar masyarakat tidak terlibat dengan BERSIH 5 demi keamanan negara.

 

Jamal turut menyeru agar rakyat tidak terlibat dengan BERSIH 5 bagi memelihara keamanan negara.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.