Video : Jalur Gemilang Bukan Untuk Menutup ‘Punggung’ – Rani Kulup

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan polis terhadap sekumpulan penonton warga asing yang disifatkan sebagai biadap kerana memakai seluar dalam tertera lambang bendera Malaysia.

 

Presidennya, Abdul Rani Kulup yang mewakili NGO seluruh negara berkata, perbuatan itu tidak dapat dimaafkan kerana itu bukan sahaja mengaibkan bahkan memperlekehkan negara sehingga menjadi kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

 

 

“Ini menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia seluruhnya kerana bendera kita, panji-panji Malaysia yang kita agung-agungkan kerana kita negara yang berdaulat kenapa ada segelinir orang luar (penonton F1) ini yang cuba nak mengaibkan dan juga nak mencontengkan ‘muka kita’.

 

“Adakah patut bendera ditaruk kat punggung? Ini adalah satu benda yang melampau yang tak boleh dimaafkan. Bendera ini adalah kekuatan kita jatuhnya bendera kita jatuh negara kita. Seluruh rakyat Malaysia terpalit oleh perbuatan biadab pelancong ataupun penonton F1.

 

“Tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan. Harus negara yang terlibat meminta maaf (mewakili negara) kepada Malaysia terutamanya kepada Duli Yang Maha Mulia yang Di Pertuan Agung dan seluruh rakyat Malaysia (diatas tindakan tersebut). Ini menjatuhkan imej sesebuah negara,” kata Abdul Rani selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.

 

Dalam pada itu, Abdul Rani turut memuji tindakan polis Sepang yang bertindak segera menahan pelancong tersebut.

 

Terdahulu, sembilan lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.
Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.