Video: Helikopter Terhempas Di Sekolah Di Tawau

TAWAU – 13 Anggota tentera dan empat orang pelajar tercedera dalam satu nahas helikopter terhempas milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung dekat sini tadi.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

 

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospita untuk rawatan lanjut.

 

Dalam pada itu, helikopter itu dipercayai telah melanggar bucu bumbung bangunan dan kemudian terhempas di dewan sekolah sehingga mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

 

Kejadian tersebut mengakibatkan satu dentuman kuat sehingga mengejutkn warga sekolah.

 

Dalam pada itu, TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan telah mengawal keadaan sebelum membawa keluar helikopter dari kawasan insiden.

 

Terdahulu, helikopter berkenaan dikatakan telah berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan harian biasa.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.