Video : ‘Dedah Korupsi Azmin, Saya Dipecat! Tiada Beza PKR Dengan UMNO’ – Chegubard

KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada beza dengan UMNO.

 

Beliau berkata, isu pemecatannya sebagai ahli PKR dengan alasan menentang pemimpin parti itu adalah sama seperti yang UMNO lakukan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah menyifatkan PKR lebih teruk daripada UMNO.

 

“Apa beza PKR dengan UMNO dalam perkara ini? pemecatan saya sama seperti Muhyiddin. Malah surat pemecatan yang dihantar melalui email kepada saya, juga mengandungi tanda tangan palsu YB Rafizi Ramli,”katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis mengenai tandatangan palsu tersebut.

 

Katanya, pemalsuan itu diketahui selepas menyelidiki bukti salinan WhatsApp dan kenyataan (Rafizi) jelas menunjukkan beliau tidak menandatangani surat tersebut.

 

“Ini satu kesalahan jenayah serius meniru tandatangan boleh disabit kesalahan seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dua tahun dan denda.

 

“Sangat memalukan apabila sebuah parti yang bercakap soal integriti sanggup berkompromi dengan jenayah seperti ini.

 

“Untuk pengetahuan, pemecatan saya tidak mengikut perlembagaan parti. Tidak ada mensyuarat dan hanya perbincangan melalui WhatsApp sahaja. Semua ini dilakukan hanya kerana saya mendedahkan Korupsi Azmin. Untuk melindungi Azmin saya dipecat dengan mancabul lunas keadilan,”katanya yang bakal mengajukan laporan tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan.

 

Dalam pada itu, mengulas mengenai Bersih 5 yang didakwa didalangi IS, beliau berkata dakwaan itu disifatkan sebagai mainan politikpihak lawan. -SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.