Video : ‘Ayah Kalau Datang Pun Naik Kuda’ – Rani Kulup

KUALA LUMPUR – “Ayah kalau datang pun nanti naik kuda. Kali ini tunggu Rani Kulup datang naik kuda,”kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup yang bakal turut serta dalam perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.

 

Abdul Rani yang membahaskan diri ‘Ayah’ ini mendakwa wakil NGO itu akan turut serta bersama-samanya ke perhimpunan Bersih 5 nanti.

 

“Ramai, yang datang nanti nampak sahaja, 10 orang. Pengikut ayah ni ada dua, di alam maya dan alam nyata. Ada 2 juta kesemuanya,”katanya ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, sebentar tadi.

 

 

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan Bersih 5 yang didalangi IS, Abdul Rani menasihati kedua-dua pertubuhan NGO (Kuning dan Merah) tidak menuduh antara satu sama lain.

 

“Kita tak boleh menuduh mana-mana ada kaitan dengan pengganas atau apa sahaja. Saya tak memihak mana-mana. Sebenarnya siapa yang mulakan himpunan keganasan dahulu harus dipersalahkan.

 

“Jangan langgar undang-undang, negara ini mempunyai peraturan. Hormat negara. Jangan ada himpunan, kuning ke merah ke. Tak ada kuning, tak ada merah,”katanya.

 

Mengulas mengenai  himpunan Bersih 5, Abdul Rani menggesa supaya himpunan tersebut tidak perlu diadakan kerana bimbang akan menghuru- harakan negara.

 

 

Beliau turut menasihatkan kedua pertubuhan itu tidak menimbulkan sebarang permasalahan.

 

 

Sebelum itu, Abdul Rani membuat laporan polis terhadap sekumpulan penonton warga asing yang disifatkan sebagai biadap kerana memakai seluar dalam tertera lambang bendera Malaysia.

 

 

Abdul Rani Kulup yang mewakili NGO seluruh negara berkata, perbuatan itu tidak dapat dimaafkan dan menggesa negara terbabit (Australia) (mewakili rakyatnya) meminta maaf kepada rakyat dan negara Malaysia.

 

 

Terdahulu, sembilan lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

 

 

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.