UMNO Alu-Alukan Mukhriz – Anuar Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, mengalu-alukan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyertai UMNO semula sekiranya beliau benar-benar mahu menjadi Perdana Menteri.

 

Menurut beliau, tindakan pemimpin  keluar dari parti ini merupakan bukan suatu perkara yang baharu dan sekiranya beliau mahu menyertai semula parti berkenaan, beliau tidak ada masalah dan ini bukan sahaja merujuk kepada Mukhriz tetpi kepada sesiapa sahaja.

 

“Kalau betul Mukhriz nak jadi PM, tidak mustahil. Kalau rasa nak balik apa salahnya, boleh bincang,” katanya.

 

Beliau turut berkata, situasi yang melibatkan pemimpin keluar parti dan masuk semula pernah berlaku seperti yang dilalui oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

 

Dalam pada itu, Mukhriz, kini menjadi naib presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.