Tubuh pasukan Siasat Kes Helikopter Terhempas Di Sekolah Tawau

SHAH ALAM – Susulan daripada insiden Nahas helikopter terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung pagi tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca insiden tersebut berlaku.

 

Menurut kenyataan TUDM, helikopter berkenaan berlepas pada jam7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian.

 

Dalam pada itu, TUDM turut menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan sebelum helikopter tersebut dibawa keluar dari lokasi kejadian.

 

“TUDM turut membuat penilaian ke atas kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

 

TUDM turut mengesahkan semua anak kapal dan penumpang helikopter miliknya selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.