Semua Kru Helikopter Terhempas Terselamat – TUDM

KOTA KINABALU – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan semua anak kapal dan penumpang helikopter miliknya, yang membuat pendaratan cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, di Tawau pagi tadi, selamat.

 

Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan menerusi laman sosial Twitter sebentar tadi, helikopter membawa 14 penumpang itu berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

 

Helikopter berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Tawau menuju Semporna.

 

“TUDM menghantar pasukan penyelamat ke lokasi insiden dan mengawal kawasan sebelum membawa keluar helikopter terbabit.

 

“TUDM turut membuat penilaian ke atas kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya. TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.