Penasihat Menteri Australia Antara Ditahan Isu Pakai Seluar Dalam

KUALA LUMPUR – Dalam kes beberapa orang individu memakai seluar dalam bercorak bendera Malaysia, Seorang penasihat kepada menteri kabinet Australia ditahan kerana terlibat dalam kes berkenaan.

 

Individu tersebut dikenali sebagai Jack Walker, penasihat kepada menteri Christopher Pyne merupakan antara yang ditahan kerana memakai seluar dalam berkenaan ketika meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Ricciardo dalam Grand Prix Malaysia di Sepang, Ahad lalu.

 

 

Menurut Jurucakap Pyne perkara tersebut dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia hari ini.

 

“Sehingga kita mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai proses ia tidak bijak untuk mengulas lanjut,” Australian Associated Press memetik jurucakap itu sebagai berkata.

 

Dalam pada itu, Polis Malaysia berkata, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk ketika insiden tersebut berlaku.

 

Menurut Ketua Litar Antarabangsa Sepang Razlan Razali kepada New Straits Times, tindakan mereka menunjukkan rasa kurang hormat kepada rakyat Malaysia.

 

“Ini menunjukkan kekurangan rasa hormat kepada kami sebagai rakyat Malaysia, ini adalah tingkah laku bodoh daripada orang asing yang tidak memahami sensitiviti budaya dan rasa hormat.

 

“Ia juga memalukan negara mereka sendiri – ia memberi Australia nama yang buruk,” ujarnya,  lapor dpa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.