Lelaki Dijangkiti Virus JE Di Melaka

MELAKA – Seorang lelaki disahkan dijangkiti virus Japanese Encephalitis (JE) dan dirawat di sebuah hospital swasta di negeri ini minggu lalu.

 

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Antidadah negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, keadaan mangsa yang berusia lingkungan 60-an itu setakat ini dilaporkan terkawal.

 

 

“Mangsa yang dipercayai berjoging di Hutan Rekreasi Ayer Keroh di sini dimasukkan ke wad selepas mengalami gejala demam. Laporan kesihatan mengesahkan dia dijangkiti virus JE,” katanya, lapor Kosmo.

 

 

Ab Rahaman berkata, Jabatan Kesihatan negeri telah diarahkan mengambil langkah-langkah bersesuaian bagi menangani virus tersebut termasuk melakukan semburan serta pemeriksaan ke atas pekerja di hutan rekreasi berkenaan.

 

 

Sementara itu, satu operasi bersepadu melibatkan Jabatan Perhilitan Melaka, Jabatan Veterinar negeri, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Jabatan Kesihatan Melaka turut dilakukan petang ini hingga esok.

 

 

Operasi tersebut termasuklah tindakan menembak babi hutan bagi mendapatkan persampelan JE di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.