‘Kalau Awal Nak Menonggeng Scha, Mak Kau Nazak Ka,’ Soal Azwan Ali

KUALA LUMPUR – Belum lagi reda isu gambar pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari berkucup dengan isterinya Scha Al Yahya, kini Azwan Ali tampil menyatakan sokongannya kepada dua selebriti berkenaan.awal-scha-status-instagram-azwan-ali

 

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai DivaAA tampil menyokong pasangan tersebut menerusi satu muatnaik gambar Awal dan Scha bercium di akaun Instagram miliknya dengan ‘caption’ pedas yang membuatkan para netizen buka mata.

 

“#CARUTANZterPAKSA so? #koDahKENAPEhanjj?… Panas ponggong tengok status ini? Kalau Awal nak menonggeng dengan Scha pun, mak kau nazak ker?

 

“Cakap jer ko kempunan tak merasa cemolot pasangan ko rupa selepet paling #HODOHHH tu yang ko jeles, hidup Awal! hidup Scha!,” tulis Azwan Ali melalui status di akaun Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, penyokong tegar Azwan Ali turut bersetuju dengan status berkenaan dan menganggap tindakan tersebut adalah halal kerana mereka pasangan suami isteri.

 

“Ramai yang cemburu, bestnya ciuman tepi pantai, lagi-lagi ini kisah halal,”  kata pynk_lace.

 

“Kan-kan sokong Diva AA! kan halal apa salahnya. lagipun tak la teruk sangat gambar tu,” ujar _umie.

 

“Yang halal sibuk orang kecam, yang haram jad tu suka pulak yang ditengok bergumpal dalam drama, puii laa,” kata tee_halim.

 

Terdahulu, Awal dan Scha dikecam netizen gara-gara memuatnaik gambar mereka sedang bercium ditepi pantai .- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.