Bapa Achey Kemalangan, Cedera Parah

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelawak popular Achey Kintang Kintung dikejarkan ke Hospital Segamat, Johor akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi.

 

 

Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 30, memberitahu, sewaktu kejadian bapanya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran, lapor Kosmo.

 

 

“Ketika kejadian saya berada di Johor Bahru atas urusan kerja dan bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga.

 

 

“Berdasarkan laporan pemeriksaan doktor, ayah mengalami kecederaan patah kaki kiri, tulang pinggul kiri, tiga tulang rusuk kiri dan pendarahan pada bahagian kepala,” katanya.

 

 

Terdahulu, kejadian tersebut berlaku jam 10 pagi di Kampung Sri Jaya itu melibatkan motosikal yang ditunggangi bapa Achey, Hamzah Salam, 80, yang bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.