‘Apek Cina’ Redah Petugas Keselamatan Minta Tandatangan PM Demi Remaja Barah

KUALA LUMPUR — Seorang “Apek Cina” sanggup meredah petugas keselamatan semata-mata untuk mendapatkan tandatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyebarkan mesej bantuan remaja Muhammad Danish Maarif.

 

Apa sahaja cuba dilakukan William Cheah agar masyarakat terpanggil membantu remaja tersebut yang menghidapi barah tulang peringkat ketiga.

 

Biarpun nampak mudah, tetapi untuk mendekati pemimpin nombor satu negara di lokasi yang terbuka tanpa persediaan hampir mustahil untuk personaliti awam, apatah lagi rakyat biasa.

 

Sambil memegang kad manila dengan permainan Lego, Cheah menunggu di Perdana Suite sewaktu perlumbaan Formula 1 di Sepang, hujung minggu lepas.

 

Cheah lalu memberanikan diri menempuh keselamatan yang ketat bagi mencari peluang bercakap dengan Najib.

 

“Anda boleh membenci dia kerana politik beliau. Tetapi beliau tidak perlu buat apa yang dilakukannya (tandatangan). Dia boleh abaikan sahaja jika mahu,” kata Cheah di laman Facebooknya.

 

pm-wira-pparalimpik-tandatangan-sokongan-kpd-danish

 

Ketika dihubungi Malay Mail Online, pengarah syarikat swasta itu berkata idea mendapatkan tandatangan Najib untuk menarik masyarakat Malaysia menderma kepada Danish.

 

“Saya hanya mahu tingkatkan kesedaran mengenai keperluan Danish.

 

“Dari segi ubat, pembaikan rumah dan dana rawatan ibunya.

 

“Beliau disahkan menghidap kanser payudara peringkat ketiga,” kata Cheah.

 

Dana untuk Danish turut dibantu NGO Wishing Star sehingga kisah Danish sehingga mendapat perhatian taman tema Legoland Malaysia.

 

Ekoran daripada itu, Legoland Malaysia tersebut melawat remaja malang itu yang meminati permainan Lego dan siri Star Wars.

 

Meskipun tidak dapat ke Legoland kerana masalah kesihatan, impiannya cuba dipenuhi syarikat itu dengan menghiburkannya dengan permainan.

 

Apa yang lebih menyentuh perasaan apabila Najib bersama atlet Olimpik dan Paralimpik turut menandatangani dan mendoakan kesihatan Danish, kata Cheah lagi.

 

“Seorang demi seorang berbaris untuk menandatangani mesej mudah untuk seorang remaja tenat.

 

“Wira Malaysia boleh saja mengabaikan permintaan saya.

 

“Tapi mereka mempunyai hati yang besar dan mereka menunjukkannya sekali lagi hari ini,” katanya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.