Lompat Parti Politik, DAP Salahkan Shafie

SARAWAK – Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengecam tindakan beberapa pemimpin dan ahli parti itu di Sabah kerana menukar haluan kepada parti berasaskan tempatan dan mendakwa mereka melompat parti kerana kekayaan yang dimiliki oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal.

 

 

Menurut beliau, ramai ahli politik akan mendapat keuntungan dari kekayaan shafie dan menyifatkan ia sebagai sifat ‘katak-katak politik’.

 

“Sekarang disebabkan kekayaan Shafie, ramai ahli politik (di Sabah) mendapat keuntungan di depan mereka dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan.

 

“Ini adalah sifat katak-katak politik,” katanya.

 

Ia adalah kenyataan menggunakan bahasa Cina kenyataan itu, manakala versi bahasa Inggeris lebih lembut dan Chong tidak membuat rujukan kepada Shafie atau “katak”.

 

 

 

Tambah beliau lagi dalam satu kenyataan bahasa Inggeris, orang yang melompat parti atas alasan ‘sentimen tempatan’  ini adalah ahli politik opurtunis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.