Shah Alam Catat IPU Bahaya 308 Pada 9 Pagi

SHAH ALAM – Situasi jerebu yang berterus kini semakin buruk pada Ahad apabila kualiti udara di Shah Alam kini berada pada tahap sangat tidak sihat.

 

Sehingga pukul 9 pagi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar itu mencecah 308 berbanding 299 sejam sebelum itu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

 

Lima kawasan lain yang turut merekodkan bacaan sangat tidak sihat adalah Batu Muda (271), Petaling Jaya (256), Banting (249), Port Klang (243) dan Putrajaya (235).

 

Kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pula adalah Seremban (200), Cheras (184), Kuala Selangor (171), SK Jalan Pegoh, Ipoh (175) dan Seberang Jaya 2 (166).

 

Keadaan jerebu semasa juga menyebabkan tiga landasan kapal terbang ditutup pada Ahad iaitu di Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang, Sultan Abdul Halim Airport di Alor Setar dan Sultan Azlan Shah Airport di Ipoh. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.