Selatan Thai Turut Dilanda Jerebu

NARATHIWAT – THAILAND. Kawasan di selatan Thai dilapor turut dilanda jerebu.

 

 

Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Pejabat Sumber Asli dan Alam Sekitar Wilayah Yala, Kallaya Tokwae-Ayee berkata wilayah yang terjejas ialah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, Satun dan Krabi.

 

 

Namun beliau berkata kualti udara di wilayah berkenaan semalam adalah pada peringkat sederhana dengan jarak ketampakan 200 meter.

 

 

Sementara itu Pengarah Bahagian Alam Sekitar Bahagian 16 Songkhla, Halem Cek Marikan berkata indeks bacaan pencemaran udara (IPU) di Songkhla mencatat bacaan kurang sihat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.