‘Pembedahan Ajaib’ Sambung Kepala Bayi

BRISBANE, AUSTRALIA – Seorang bayi beransur sembuh selepas doktor menyambungkan kembali kepalanya yang hampir putus akibat terlibat kemalangan baru-baru ini.

 

 

Menerusi laporan Inquisitr,  Jackson Taylor, bayi yang berusia 16 bulan itu didapati leher dan sarafnya terputus (internal decapitation) cuma kepalanya sahaja bersambung melalui kulit.

 

 

Leher Taylor kemudiannya, dipasang ‘halo’ di kepala bayi malang tersebut supaya saraf dan tisunya dapat diperbaiki dan mudah sembuh.

 

 

Pembedahan yang digelar ‘pembedahan ajaib’ oleh pengamal perubatan di serata dunia berjaya dilakukan Dr. Geoff Askin dimana ia menggunakan wayar  sekali gus membantu sebahagian tulang rusuk Taylor bagi memperbaiki leher bayi tersebut.

 

 

Askin memberitahu, kecederaan Taylor merupakan yang paling teruk sejak beliau mengendalikan pelbagai situasi.

 

 

“Jumlah kanak-kanak yang mampu selamat dari kecederaan itu amat sedikit,” kata Askin.

 

 

Katanya, sekalipun mangsa yang mengalami kecederaan sedmikian berjaya dirawat, namun ia mungkin tidak dapat bergerak atau bernafas.

 

 

Walau bagaimanapun, Taylor dikatakan bernasib baik kerana saraf penting di bahagiannya terputus dan masih dapat diperbaiki.

 

 

Keadaan Taylor yang masih bayi juga membantu penyembuhan berbanding kanak-kanak yang lebih berumur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.