PDRM Nafi FBI Siasat 1MDB, PM

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan kononnya Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah memulakan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang makluman berhubung siasatan yang dijalankan oleh FBI.

 

“Agensi terbabit tidak pernah memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara tersebut.

 

“Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara ini, dinasihatkan agar berhubung terus dengan FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 

Sebelum ini, media asing, Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times melaporkan kononnya FBI telah memulakan siasatan berhubung dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.