Malaysia Tuntut Komitmen Indonesia Tangani Jerebu

Malaysia tidak berpuas hati dengan tindakan Indonesia menangani masalah jerebu, tegas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Lantaran itu, Malaysia mahu komitmen Indonesia menangani masalah pembakaran terbuka di ladang-ladang negara sehingga menyebabkan masalah jerebu merentasi sempadan negara itu bukan sekadar halwa telinga dan di atas kertas sahaja.

 

Sebaliknya, segala usaha penguatkuasaan terhadap masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu perlu diterjemahkan dalam bentuk noktah.

 

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mengalu-alukan komiten Indonesia dalam melaksanakan penguatkuasaan dan transformasi dalam menangani masalah pembakaran terbuka tetapi tempoh tiga tahun itu terlalu lama.

 

Ini kerana, keadaan jerebu yang berulang-ulang di Malaysia cukup tidak sihat dan tindakan yang diambil oleh Indonesia belum cukup untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

 

“Setiap tahun kita terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi akibat jerebu dan kita berharap Indonesia memberi komitmen dalam menyelesaikan masalah ini bukan sekadar di atas kertas,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program U- Turn terbitan TV AlHijrah.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah jerebu yang semakin kritikal di beberapa kawasan di negara.

 

Sehingga pukul 10 pagi ini, Shah Alam diisytiharkan tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara melepasi 300 manakala lima kawasan lagi berada dalam kualiti tidak sihat. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.