Anak Paling Teruk Letak Ibu Di Tempat Letak Barang

CHINA – Seorang ibu yang menghabiskan duit pencennya untuk membelikan sebuah kereta untuk anak lelaki disuruh duduk di bahagian belakang kereta tersebut.

 

Laporan Shanghaiist menyebut anak lelaki tersebut, Liu berbuat demikian supaya isteri dan anaknya boleh berehat dengan selesa.

 

Pihak berkuasa menahan Liu semasa beliau melalui sebuah pemeriksaan ketika dalam perjalanan dari Jiangxi ke Hubei.

 

Pihak polis kemudia berhasrat untuk menyaman Liu namun ibunya mempertahankan tindakan anaknnya itu dengan alasan beliau selesa di tempat itu.

 

Kisah tersebut yang viral dan menyebabkan majoriti pelayar laman sosial di China mengecam tindakan Liu yang digelar sebagai ‘anak paling teruk’.

 

“Apa yang tidak kena dengan lelaki ini? Kenapa dia sanggup melayan ibunya macam tu?” kata seorang pelayar dari Chongqing.

 

“Nanti bila anak kamu dah besar, anak kamu juga akan buang kamu di situ,” kata pelayar dari Beijing. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.