Jenazah Tun Suhailah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan

Kuala Lumpur – Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohamad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini kira-kira 2 petang ini.

Jenazah Tun Suhailah, 82, disemadikan di Makam Pahlawan, tempat bersemadinya Allahyarham Tun Hussein, yang meninggal dunia pada 29 Mei 1990.

Allahyarham yang merupakan ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin, sebelum itu dimandikan serta disembahyangkan di kediamannya di No.19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini sebelum dibawa ke Masjid Negara kira-kira 12 tengah hari tadi.

Allahyarham yang juga ibu saudara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kemudiannya disembahyangkan sekali lagi selepas solat Zohor di Masjid Negara.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada upacara pengebumian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.