Jenazah Bonda DS Hishammuddin Dikebumikan Di Makam Pahlawan Selepas Zohor

Kuala Lumpur – Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohammad Noah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor, hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi ini.

Suhailah, ibu kepada Hishammuddin, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, jam 12.30 tengah malam tadi, kerana sakit tua pada usia 82 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.