Dua Maut, Seorang Cedera Parah Terlibat Kemalangan Dekat Sungai Perak

Kuala Kangsar – Sekurangnya-kurangnya 15 orang cedera dalam nahas membabitkan sebuah lori dan empat kereta di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Sungai Perak, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Demikian menurut Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat, @bombaJBPM.

Orang ramai dinasihatkan keluar di Tol Ipoh Selatan dan masuk semula di Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan teruk di kawasan nahas berkenaan.

Sementara itu, Twitter PLUS @plustrafik melaporkan terowong ke Sungai Perak, sesak sepanjang 13 kilometer.

Sehubungan itu, laluan kontra dibuka di KM256.2 hingga 254.2 arah utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

Dalam kejadian itu Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan. Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.

Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.