Dahlan Zainuddin Syukur Dianugerahkan Darjah Kebesaran DIMP

Kuantan – Penyanyi era 70-an, Dahlan Zainuddin bersyukur kerana dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Beliau yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) adalah antara 180 penerima darjah kebesaran.

“Boleh dikatakan kawan seperjuangan saya yang lain sudah menerima pangkat ini. Biar saya menerimanya lambat, saya tetap bersyukur. Terima kasih kepada yang memberi dan mengingati saya,” katanya.

Mengakui kekok dengan gelaran itu, beliau tidak kisah jika ada yang memanggilnya dengan panggilan nama seharian.

“Kalau ada yang panggil saya abang, pakcik, atau Del, Lah mahupun Dahlan sekalipun saya ok. Tetapi saya terima gelaran Datuk ini dengan hati yang lapang. Pemberian pangkat ini sebagai ganjaran di atas apa yang saya lakukan selama ini di arena seni,” katanya.

Dahlan mula menyanyi pada 1969 tetapi mula menyerlah pada 1975 selepas memenangi Juara Bintang RTM.

Pada usianya kini, beliau masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menyanyi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.