Bonda Datuk Seri Hishamuddin Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Ibu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tun Suhaila Mohamed Noah meninggal dunia hari ini di Pusat Perubatan KPJ Damansara di sini pada pukul 12.30 pagi tadi.

Allahyarham, 79, juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediaman Hishammuddin di Changkat Tuanku di sini sebelum disolat dan dikebumikan di Masjid Negara tengah hari nanti.

Jenazah akan berada di kediaman Allahyarhamah Tun di Bukit Tunku. Dalam lebih kurang jam 0900.

Jam 1200, jenazah akan dibawa ke Masjid Negara utk solat jenazah dan kemudian akan dibawa ke Makam Pahlawan utk dikebumikan.

Waktu melawat untuk orang ramai dinasihatkan di Masjid Negara bermula jam 12.00 tengah hari.

Pakaian Baju Melayu Hitam lengkap bersampin & bersongkok / pakaian berwarna gelap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.