Assad Tampil Solat Sunat Aidiladha Bersama Khalayak Ramai

Beirut – Presiden Syria, Bashar Assad membuat penampilan istimewa di khalayak ramai dengan menghadiri solat sunat Aidiladha di sebuah masjid di ibu negara Damsyik, hari ini.

Stesen televisyen Syria menyiarkan rakaman Assad menunaikan solat di Masjid al-Numan Bin Bashir bersama pegawai kerajaan dan Mufti Negara, Ahmad Badreddine Hassoun.

Kebanyakan muslim di seluruh dunia bercuti pada hari ini, menandakan bermulanya cuti perayaan Hari Raya Korban selama tiga hari.

Assad membuat penampilan istimewa di khalayak ramai, ketika negara itu berhadapan dengan perang saudara yang semakin memuncak apabila aktivis dilaporkan membunuh lebih 190,000 orang awam.

Penampilan awam beliau yang terakhir ialah pada Julai lalu ketika menghadiri solat sunat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.