767 Terima Darjah Kebesaran Sempena Ulang Tahun Yang Dipertua Sabah

Kota Kinabalu – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin mendahului senarai 767 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun ke-61 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mohd Bakri dilahirkan di Penampang dekat sini, antara empat penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Tiga yang lain ialah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Globaltec Formation Berhad Datuk Seri Dr Goh Tian Chuan.

Isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan iaitu Puan Sri Genevieve Kitingan pula mendahului senarai 48 penerima darjah kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antara individu ternama yang menerima PGDK ialah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Anita Baranting, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Masiung Banah, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, Setiausaha Persekutuan Negeri Datuk Abu Bakar Hassan dan Pengarah Penerangan Negeri Almain Ajirul.

Turut dianugerahkan PGDK ialah Panglima Wilayah Laut 2 Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar, Pengarah Perlindungan Alam Sekitar Negeri Yabi Yangkat, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Bruno Vun dan Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) Francis Goh Fah Shun.

Bekas Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Joseph Podtung dan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasneh, juga tersenarai sebagai penerima PGDK.

Penerima PGDK yang lain ialah Ab Jamal Tun Sakaran, Ahmad Shah Mohd Talip, Alexandra Chin @ Fui Lin, Aloysius Mobijin, Badil Zaman Fazul Rahman, Bongsu @ Aziz Jaafar, Buja Gumbilai, Darrel Arthur Webber, Datu Eranza Datu Saribu, Frankie Liew Chuan Kim @ Liew Chuan Tai, Goi @ Sam Seng Hui, Hung Kan Yin dan Ibrahim OKK Mohd Laiman Diki.

Kevin How Kow, Lassim Abdul Rahman, Dr Majid Ali Chiragdin, Marian Idang @ Martin, Dr Mohamad Ruslan Mohamad Amin, Prof. Dr Mohamed Ghazali Ismail, Prof Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim, Mohd Rizal Abdullah @ Raymund Godfery, Mohd Sidek Abd Jubar @ Dick Affendie, Muhammad Shah Ali, Nizam AB Titingan, Paiman Abdul Karim, Pang Kin Kohn @ Pang Shing Fon dan Dr Raman Muthukaruppan Chettiar,

Rosalind Chew Bee Koh, Rosimah Zakaria, Mejar (B) Sabdin Abdul Ghani, Tan Kok Liang, Teong Boon Tong, Tuany Salih @ Juany Salleh, Wong Choon Seng, Yap Kheng Fah dan Yong Wui Chung.

Bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Ag Nohin Ag Rauf mendahului senarai 11 penerima Jaksa Pendamai (JP) diikuti peguam Arthur Joseph Kurup, Goh Chit Yong, Datuk Harry Alian Baking, Datuk Hsieh Yang Vui, Datuk Jailani Ngah, Jino @ Peter B Allion @ Alliun, Lee She Lip, Datuk Paul Kong Sing Chu, Pondren Nawa dan Wong Chong Sing.

Sebanyak 69 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), antaranya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Penyu Limus Jury, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang, Exco Pemuda Umno Jamawi Jaafar dan Ketua Puteri Umno Sabah Normalah Rasick.

Pewarta Bernama Sandakan Haslin Gaffor antara pengamal media yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), selain tiga kakitangan Jabatan Penyiaran (RTM) iaitu Aris Arapa, Cusna Yussof dan Ibrahim Diman, dua kakitangan Jabatan Penerangan Sabah Taulani Hamzah dan Zuraidah Ahmad.

Tiga wartawan akhbar Daily Express Zulhayati Dzulkifli, Lagatah Toyos dan Mardinah Jikur pula disenaraikan sebagai penerima Bintang Kinabalu (BK).

Sejumlah 119 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 194 menerima BSK, 226 menerima BK dan 96 menerima Sijil Kehormat (SK) pada kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.