3 Dikhuatiri Lemas Perahu Dinaiki 15 Orang Terbalik Di Sungai Golok

Kota Bharu – Tiga individu, termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki kira-kira 15 orang terbalik di Sungai Golok, dekat Bukit Lata, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, perahu yang dinaiki mereka sedang menghala ke Kampung Bukit Lata dari Pasar Munduk, Thailand sebelum terbalik.

Jurucakap Balai Bomba Rantau Panjang berkata, 12 individu berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan berdekatan manakala tiga lagi masih belum ditemui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.