Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

PUTRAJAYA  – Skim Pencen Perkhidmatan Awam mungkin tidak ada lagi mulai tahun depan.

Ia akan diganti dengan mekanisme baru membabitkan pelantikan baharu dalam sektor itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, langkah itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun.

Bagaimanapun masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan, katanya.

Jika dilaksanakan, ia tidak dilakukan dalam skala besar.

“Contohnya, seperti tentera ketika ini yang mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yang mana jangka pendek adalah tidak berpencen.

“Jadi, lantikan baharu ke dalam perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dengan gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dalam pekerjaan.

“Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin boleh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.

“Jadi, akhirnya kita lihat untuk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019 hari ini.

Lain-lain berita;

Sepatutnya Fokus Tambah Baik Kebajikan, Bukan Hapuskan Skim Pencen

Jumlah Kakitangan Awam Perlu Dikurangkan – Dr Mahathir

Pada tahun lalu, berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan itu, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung kerajaan.

Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain berita;

Tak Patut Kerajaan Guna Alasan Nak Berjimat Untuk Henti Skim Pencen

Tiap Kali Lim Guan Eng Buka Mulut Pelabur Lari dan Saham Jatuh – Shamsul

Terkini! Azmin Salah Kira Sasaran KDNK, Najib Jadi Cikgu Tolong Betulkan Pengiraan

“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara ini.

“Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab mengenai sama ada relevan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disatukan, Borhan berkata memang ada perancangan ke arah itu dan beliau yakin jika dizahirkan, ia tidak mendatangkan masalah.- MalaysiaGazette

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Terkini! Kes Adib Tak Dapat Pembelaan Jika Peguam Negara Tidak Letak Jawatan – Mohd Fadzil

Dakwaan 90 Peratus Setuju Jual Tanah Hanya Cerita Bohong Menteri – Penduduk Kampung Baru

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Pelik! Dah Lebih RM16 Bilion Aset Dijual, Hutang Tak Turun Tapi Makin Meningkat

Cadangan Henti Skim Pencen Mulai Tahun 2020 Masih Di Peringkat Kajian – Wan Azizah

9 thoughts on “Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

  • September 6, 2019 at 9:04 am
    Permalink

    Saya pencen 2027. Kalau tak dapat seperti orang lain dapat sebelum ni, saya akan pastikan saya tak mengundi kamu lagi untuk pru akan datang.

    Reply
    • September 26, 2019 at 9:07 am
      Permalink

      Hentikan skim pencen para wakil rakyat tu dulu. jasi wakil 5 yahun ja dah dapat pencen. Rakyat kerja dekat 40 tahun pulak yg nak dihentikan.

      Reply
  • September 7, 2019 at 5:58 pm
    Permalink

    I m retired.. 74years old. I depend on my pension for me to move along. I hve no savings.. Even house is rented.. I expect to receive till my last day. I dont want to be dependent on any one. 24years since I retired n pension dont even touch 2k as the present retirees. Never was revised wen the salary adjustment was done.

    Reply
    • September 19, 2019 at 11:24 am
      Permalink

      Wakil rakyat yg dapat pencen hanya selepas 5 tahun pegang jawatan yg tu yg kena revise. Sudahlah duit gaji ..klaim duit dilantik sebagai BOD companies akibat kedudukannya sebagai MP….yg semuanya jumlah besar…masih diberi pencen?…

      Reply
  • September 29, 2019 at 6:35 pm
    Permalink

    Bagus juga. Hapuskan pencen. Jika sector swasta bole hidup takkan pula gove tak boleh. Bia win-win.

    Reply
    • October 7, 2019 at 11:53 am
      Permalink

      wakil rakyat dan ahli parlimen yg hanya berkhidmat lima tahun, layak makan pencen sampai mati. padan la semua berebut nak jadi wakil rakyat. tetapi, dari segi moral, adilkah jika dibandingkan dgn kakitangan yg bekerja sampai 30-40 thn? mengikut perkiraan, sepatutnya mereka layak makan pencen utk 5 thn sahaja. habis 5 thn, thats it. baru la adil. dah la khidmat 5 thn tu, belum tentu berkhidmat sepenuhnya!!!

      Reply
  • September 30, 2019 at 12:26 pm
    Permalink

    nak cakap sikit ja..think wisely before act..perlu buat kajian dan penyelidikan menyeluruh..perjawatan dalam kerajaan bermula gred 1 sampai ke turus 3 dan termasuk juga Ahli Politik(ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri).

    Reply
  • September 30, 2019 at 9:21 pm
    Permalink

    Kurangkan gaji YB Dan menteri2 cabinet dulu …
    Ahli politik utk dptkan gaji pencen wajib berkhidmat sampai 30 sama seperti penjawat awam yg lain, mika khidnat tdk sampai 30 tahun tdk LAYAK dpt gaji pencen.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.