Pemandu Lori Tak Mengaku Salah Dakwaan Buat Provokasi Kaum Di Laman Sosial

PORT DICKSON – Seorang pemandu lori hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan komen berbaur provokasi.

Tertuduh C Bathu Malai, 37, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghina orang Melayu di laman media sosial Facebook menggunakan nama Darsheini Malai sehingga boleh menyebabkan provokasi.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai makan di pekan Jementah, Johor pada pukul 5 petang, 29 Ogos lepas.

Terkini! Ada Apa Dengan Kempen “Buy Muslim Bumiputera First”?

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A Ashwini manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Eric Yeow Kok Heng.

Yeow memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan anak guamnya perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Bernama

Lain-lain berita;

Tiap Kali Lim Guan Eng Buka Mulut Pelabur Lari dan Saham Jatuh – Shamsul

Mark Adam Berdoa Semoga Ibu Peluk Islam

Anai-Anai’ Dah Kuasai Putrajaya Baru Nak Menyesal – Tok Mat

PPIM Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim, Bumiputera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.