Lim Guan Eng Jangan Meroyan Sangat Dengan Kempen Produk Muslim, Bumiputera

BANGI – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya menempelak pemimpin rasis dan cauvinis, DAP, Lim Guan Eng apabila menggesa kempen membeli produk muslim dihentikan.

Menyifatkan desakan itu berniat jahat, Aminuddin menegaskan kempen yang dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) tidak berniat untuk memboikot mana-mana produk.

“Sudah berulang-ulang kali kita tegaskan bahawa kita tidak memboikot sesiapa. Ini satu kenyataan berniat jahat dari seorang menteri.

“Untuk pengetahuan menteri juga, Kempen Beli Produk Muslim ini tiada kena-mengena dengan parti politik.

“Harap menteri tak meroyan cepat sangat. Janganlah semua perkara mahu dipolitikkan kerana ini adalah inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) kepada umat Islam seluruhnya,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila mahu kempen yang dilancarkan dihentikan kerana menjejaskan perpaduan nasional dan merugikan pengguna.

“Kalau begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera), produk-produk luar negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,” katanya.

Bagaimanapun Haji Aminuddin menasihatkan orang Melayu supaya tidak mempedulikan gesaan Guan Eng, sebaliknya meneruskan rancangan membeli produk buatan Muslim.

“Usah pedulikan sindiran ‘budak DAP’ ini, kita jalan terus. Saya yakin kempen yang dilancarkan sudah membuatkan mereka kepanasan.

“Mungkin peniaga-peniaga dan kapitalis-kapitalis Cina sudah marah pada DAP yang mengakibatkan orang-orang Melayu sudah sedar dan bangkit.

“Saya yakin dengan kuasa membeli yang ada pada orang Melayu, kita mampu membangunkan ekonomi Bumiputera dan akhirnya kapitalis-kapitalis akan tunduk dengan kuasa dan kehendak orang-orang Melayu,” katanya. – IsmaWeb

Terkini! Ada Apa Dengan Kempen “Buy Muslim Bumiputera First”?

CASSA Seru Lim Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Kempen Utamakan Produk Muslim

Hapus Tulisan Jawi Produk Bukan Islam, Guna Sijil Halal Tulisan Mandarin, Tamil – PPIM

A.R Badul Terkejut Anak Lelaki Maut Terkena Tembakan

Lelaki Dakwa Dipukul Pernah Cuba Rogol Isteri Saya – SU Politik Anwar

Mark Adam Berdoa Semoga Ibu Peluk Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.